Close

Google perjelaskan mengapa pengimbas cap jari pada Pixel 6 perlahan

Sejak siri Google Pixel 6 dilancarkan pada 28 Oktober yang lalu, terdapat beberapa laporan mengenai masalah yang dihadapi model tersebut. Seperti masalah skrin, berkenaan pengecasan pantas 30W dan kini mengenai masalah pengimbas cap jari yang dikatakan perlahan berbanding peranti lain.

Seperti kita tahu siri Google Pixel 6, tidak lagi menggunakan pengimbas cap jari tradisional sebaliknya menggunakan pengimbas cap jari dibawah skrin walaupun ia dilihat agak lewat dibawakan oleh Google pada peranti mereka.

Menurut dari laporan terbaru, beberapa pengguna Pixel 6 mengatakan yang pengimbas cap jari pada Pixel 6 adalah perlahan berbanding peranti lain walaupun ia dibandingkan dengan peranti kelas pertengahan.

Berikutan dari masalah itu, Google telah pun mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan mengenai masalah tersebut. Menurut Google, algoritma keselamatan yang digunakan menyebabkan pengimbas cap jari mengambil masa yang lebih lama untuk mengesahkan cap jari pengguna sebelum ia dinyahkunci.

Google turut memberikan cadangan untuk menjadikan pengimbas cap jari lebih optimum dengan pergi ke Settings > Display > tick pada “Increase touch sensitivity”. Google turut menasihatkan pengguna untuk tidak menggunakan pelindung skrin tidak rasmi dan memastikan skrin telefon sentiasa bersih.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN