Close

Google Pixel 6 Pro tidak mengecas pada 30W seperti yang diiklankan


Google Pixel 6 Pro sebelum ini telah pun dilaporkan mengalami masalah berkenaan dengan skrin. Dan kini terdapat laporan mengenai pengecasan yang tidak mengecas pada 30W seperti yang diiklankan.

Google Pixel 6 Pro diiklan dengan kemampuan mengecas 50% hanya dalam 30 minit. Namun secara realitinya ia mengecas 48% dalam 30 minit. Tetapi apa yang menghairankan adalah ia mengambil hampir dua jam untuk satu pengecasan penuh.

Menurut dari kajian yang dilakukan oleh Android Authority, pada kadar 0% sehingga 50% ia mengecas pada kelajuan 30W selepas itu menurunkan kepada kelajuan yang lebih perlahan dengan purata 13W. Menukar kepada pengecasan yang lebih perlahan adalah salah satu cara untuk melindungi kesihatan bateri, tetapi apa yang lebih mengejutkan adalah pada 15% terakhir ia menurun kepada 2.5W dan mengambil masa hampir sejam untuk penuh.

Berdasarkan ujian yang dilakukan, memperlihatkan S21 Ultra dengan bateri 5000mAh hanya memerlukan 1 Jam 11 Minit untuk satu pengecasan penuh dengan pengecasan pantas 25W. Sementara Pixel 6 Pro dengan bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 30W memerlukan hampir dua jam untuk satu pengecasan penuh.

Buat masa ini, Google belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan pengecasan pantas 30W. Sccara logiknya dengan mengehadkan kelajuan pengecas ia dapat memastikan kesihatan bateri untuk satu tempoh masa yang lebih lama, tetapi Google sepatutnya tidak mengiklankan mengenai pengecasan pantas 30W.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN