Close

Google Pixel 6a akan dijana cip Google Tensor dengan kamera dari Google Pixel 5a

Sumber : OnLeaks

Peranti kelas pertengahan dari Google yang seterusnya mungkin akan dikenali sebagai Pixel 6a. Antara maklumat awal yang telah tertiris mengenai Pixel 6a adalah seperti reka bentuk dan juga jenis skrin yang akan digunakan.

Maklumat terkini, Pixel 6a dikatakan tidak akan membawakan spesifikasi kamera yang sama seperti siri Pixel 6. Di mana kesemua siri A sebelum ini menggunakan kamera yang sama seperti model utama. Walaubagaimanapun, Pixel 6a dijangka akan dijana oleh cip premium Google iaitu Tensor. 

Perkara ini disahkan oleh 9to5Google yang berjaya menjumpai kod pada aplikasi kamera Google untuk Pixel 6a yang merujuk kepada sensor utama Sony IMX363 12.2MP sensor yang sama digunakan pada Google 3 sehingga Pixel 5a.

Walaupun tidak membawakan spesifikasi kamera yang sama seperti siri Pixel 6. Namun masih ada perkara yang menarik mengenai Pixel 6a, iaitu Google Tensor yang mana ia mungkin akan membawakan prestasi yang sama seperti siri Pixel 6.

Dengan kemungkinan harga jualan yang bermula dari $449 (RM1,887) atau mungkin lebih rendah, Pixel 6a mungkin akan menjadi peranti kelas pertengahan pilihan terbaik untuk tahun hadapan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN