Close

Google Pixel 6a dijangka hadir dengan reka bentuk sama seperti Google Pixel 6

Sumber: OnLeaks.

Siri Google Pixel A bukanlah barisan baru dalam keluarga Pixel. Ia adalah peranti kelas pertengahan dengan kemampuan kamera sama seperti siri utama Pixel tetapi ditawarkan dengan harga yang lebih mampu milik.


Sumber: OnLeaks.

Berdasarkan dari laporan terbaru, beberapa imej awal mengenai Pixel 6a telah tertiris di arena web. Imej tersebut memperlihatkan Pixel 6a membawakan reka bentuk yang sama seperti siri Pixel 6. Dengan rekaan kamera belakang, dua tona warna pada panel belakang dan juga skrin hadapan menggunakan kamera jenis punch-hole.

Pixel 6a dijangka akan membawakan skrin jenis OLED bersaiz 6.2 inci, menggunakan sensor Samsung ISOCELL 50MP GN1 yang sama seperti pada siri Pixel 6. Ditawarkan dalam dua varian iaitu 6GB atau 8GB dengan storan sehingga 128GB. Dijana oleh cip Snapdragon 778G dan bukannya Google Tensor seperti siri Pixel 6.

Selain itu, Pixel 6a turut dijangka tidak akan hadir dengan bicu audio dan menjadikan ia siri A pertama yang hadir tanpa bicu audio. Dari segi perisian Pixel 6a akan menjalankan Android 12, menyokong kemaskini Android selama 3 tahun dan 5 tahun kemaskini keselamatan. 

Google dijangka memperkenalkan Pixel 6a pada suku pertama tahun 2022 atau mungkin pada suku ketiga 2022 seperti mana Pixel 5a diperkenalkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN