Close

Kemaskini November kini tersedia untuk semua Google Pixel – Kemaskini terakhir bagi Pixel 3 dan 3 XL

Permulaan bulan November yang menggembirkan buat pengguna Google Pixel diserata dunia apabila Google memberikan kemas kini November yang menyelesaikan sejumlah masalah yang melibatkan isu keselamatan dan juga isu bukan keselamatan.

Bercakap mengenai kemas kini November, ia juga merupakan kemas kini terakhir bagi model Pixel 3 dan Pixel 3 XL seperti yang mana dijanjikan oleh Google iaitu tiga tahun kemas kini sejak dilancarkan iaitu pada Mei 2019.

Berikutan itu ia juga merupakan kemas kini pertama yang diterima oleh siri Google Pixel 6, namun ia tidak menyelesaikan masalah yang dilaporkan baru-baru ini iaitu skrin menjadi berkelip-kelip. Google menjanjikan kemas kini itu akan tiba pada Disember kelak.

Antara masalah yang diselesaikan oleh kemas kini November adalah seperti sambungan Bluetooth, Wi Fi penggunaan kuasa, antara muka, audio dan juga kestabilan aplikasi pihak ketiga.

Jika anda nerupakan pengguna Pixel 3 dan ke atas anda boleh mengemas kini dengan cara pergi ke tetapan > sistem dan pilih kemas kini sistem.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN