Close

Kos penghasilan cip Dimensity 9000 adalah dua kali ganda berbanding Dimensity 1200


MediaTek telah pun mengumumkan cip premium mereka yang seterusnya iaitu Dimensity 9000 pada minggu lepas. Dengan pengumuman itu, ia sekaligus menjadikanya sebagai cip telefon pintar pertama yang dibina dengan teknologi binaan 4nm. 

Terkini, menurut laporan dari Digital Chat Station. Kos penghasilan bagi MediaTek Dimensity 9000 adalah dua kali ganda berbanding cip 5G sebelumnya. Ini mengambarkan yang peranti premium dengan Dimensity 9000 akan dijual lebih mahal berbanding peranti dengan Dimensity 1200.


Walaupun kos penghasilan Dimensity 9000 adalah dua kali ganda, namun Qualcomm yang belum mengumumkan cip premium mereka akan mempunyai kos yang lebih mahal berbanding cip premium MediaTek. Menjelang Februari 2022 kita akan mula melihat peranti dengan cip MediaTek Dimensity 9000 dipasaran. 

(Sumber) 

ARTIKEL BERKAITAN