Close

OnePlus 10 Pro tidak akan mempunyai kamera Periskop

Sumber: OnLeaks

Seperti yang kita tahu, OnePlus kini menfokuskan kepada kemampuan prestasi kamera dengan kerjasama Hasselblad. Namun buat masa ini, OnePlus masih lasgi belum menyaingi pengeluar lain dari segi kamera telefoto. Dan perkara tersebut akan terus kekal pada OnePlus 10 bahkan juga pada OnePlus 10 Pro.


Terkini, menurut pakar tiris dari China iaitu Digital Chat Station. Siri OnePlus 10 dikatakan tidak akan hadir dengan kamera periskop sebaliknya menggunakan kamera telefoto biasa dengan kemampuan 3.3x zum optikal dan 30x zum digital. 

Selain itu, Digital Chat Station turut mengatakan yang siri Oppo Find X dan realme GT yang seterusnya juga tidak akan hadir dengan kamera periskop. Memandangkan ketiga-tiga peranti tersebut bernaung dibawah BBK Electornics ia sekaligus menguatkan lagi kebenaran tentang laporan ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN