Close

OnePlus bakal umumkan OnePlus Nord 2 edisi Pac-Man tidak lama lagi


OnePlus Nord merupakan salah satu model dibawah OnePlus yang dihasilkan dengan idea model kelas pertengahan premium. Juga adalah pengganti kepada model OnePlus X yang pernah dihasilkan sebelum ini. OnePlus Nord pertama telah dilancarkan pada Julai 2020.


Terkini, OnePlus dijangka akan memperkenalkan satu lagi edisi terhad dibawah siri Nord iaitu OnePlus Nord 2 edisi Pac-Man. Secara dalaman ia membawakan spesifikasi yang sama seperti OnePlus Nord 2 5G tetapi mempunyai reka bentuk dan perisian dalaman yang bertemakan tema Pac-Man.

Menurut Zhang, edisi Pac-Man membawakan dua objektif berbeza, yang pertama adalah mengenai reka bentuk dan yang kedua adalah mengenai pengalaman perisian eksklusif dengan ciri unik. Walaupun begitu, reka bentuk keseluruhan OnePlus Nord 2 edisi Pac-Man masih lagi belum diumumkan. 

OnePlus Nord 2 edisi Pac-Man akan dijual di beberapa pasaran seperti Eropah, United Kingdon dan juga India. Dengan harga sekitar  €529 (RM2,544) , £499 (RM2,810), dan INR37,999 (RM2,135). Tarikh Pelancaran masih lagi belum diumumkan namun ia dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN