Oppo Reno 7 dan Reno 7 Pro hadir dengan Skrin AMOLED, Paparan 90Hz dan Dimensity 1200-Max - FUZZ.MY

Friday, November 26, 2021

Oppo Reno 7 dan Reno 7 Pro hadir dengan Skrin AMOLED, Paparan 90Hz dan Dimensity 1200-Max


Oppo
hari ini mengumumkan siri baru Oppo Reno iaitu Reno 7 di China. Pengumuman siri baru Reno adalah menggantikan model sedia ada iaitu Oppo Reno 6 yang dilancarkan pada bulan Ogos yang lalu. Siri Oppo Reno 7 turut membawakan sejumlah peningkatan dari segi prestasi dan juga fungsinya.



Dimulakan dengan model tertinggi dalam sirinya iaitu Oppo Reno 7 Pro. Hadir dengan skrin bersaiz 6.55 inci FHD+ AMOLED bersama paparan 90Hz. Turut menyokong kecerahan sehingga 800 nit dan touch sampling-rate pada kadar 180Hz.



Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 1200-Max yang dipadankan dengan RAM 8GB atau 12GB bersama storan dalaman sehingga 256GB. Kapasiti bateri sebesar 4500mAh dan turut menyokong pengecasan pantas 65W.


Di bahagian belakang, ia membawakan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 50MP Sony IMX766, 8MP kamera ultra lebar dan 2MP kamera makro. Tidak ketinggalan 32MP untuk kamera swafoto. Fungsi lain yang hadir pada Oppo Reno 7 Pro adalah pengimbas cap jari dibawah skrin, Bluetooh 5.2. sokongan NFC dan lain-lain lagi.

 

Oppo reno 7 hadir dengan skrin bersaiz 6.43 inci FHD+ AMOLED dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 778G dipadan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalam sehingga 256GB. Membawakan kapasiti bateri yang sama iaitu 4500mAh tetapi dengan pengecasan pantas yang sedikit perlahan iaitu 60W.


Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan tetapan 64MP + 8MP +2MP. Kamera swafoto sebesar 32MP. Fungsi lain yang hadir pada Oppo Reno 7 adalah pengimbas cap jari dibawah skrin, Bluetooh 5.2. sokongan NFC dan lain-lain lagi.




Untuk harga jualan, Oppo Reno 7 Pro dijual pada harga bermula dari RM 2,499 (CNY 3,699) sementara Oppo Reno 7 pula adalah RM 1,786 (CNY2,699). Jualan pertama akan bermula pada 3 Disember di China.


(Sumber)