Close

Prestasi MediaTek Dimensity 9000 dikatakan sama taraf dengan Apple A15

Baru-baru ini MediTek telah mengumumkan cip premium baru mereka yang dikenali sebagai Dimensity 9000. Merupakan cip telefon pintar yang paling berkuasa ketika ini dengan teknologi binaan 4nm. Menawarkan peningkatan prestasi CPU dan GPU sehingga 35% berbanding Snapdragon 888.

Dimensity 9000 hadir dengan binaan 4nm lapan teras. Di mana ia menggunakan satu teras Cortex-X2 3.05GHz, tiga teras Cortex-A710 2.85GHz dan empat teras Cortex-A510 1.8GHz. Untuk prestasi grafik ia menggunakan GPU Mali-G710, dengan APU yang dibina daripada empat teras prestasi dan dua teras fleksibel.

Bercakap mengenai prestasi, MediaTek mendakwa skor multi core Dimensity 9000 adalah setanding dengan Apple A15 merujuk dari aplikasi penanda aras dengan skor lebih 4,000 berbanding iPhone 13. Namun begitu, MediaTek tidak mendedahkan lebih mendalam mengenai perbandingan yang dibuat.

Dari segi kecerdasan buatan (AI), MediaTek mendakwa yang Dimensity 9000 adalah 16% lebih baik dari Google Tensor. Yang mana buat masa ini Google Tensor adalah cip yang paling berkuasa dari segi prestasi AI pada ketika ini. Sementara itu, Dimensity 9000 juga adalah 66% lebih baik dari cip terbaru Apple.

MediaTek kini jelas membawakan jurang teknologi yang lebih baik dari pencabar mereka. Walaupun begitu, Qualcomm dengan generasi yang seterusnya pasti akan turut membawakan peningkatan yang sama atau lebih baik dari Dimensity 9000.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN