Close

Qualcomm dilaporkan akan menggunakan nama “Snapdragon 8 Gen 1” pada cip premium seterusnya

Seperti kita tahu, penggunaan skema nama pada cip Qualcomm adalah sangat baik dan tersusun. Namun sejak kebelakangan ini, susunan cip Qualcomm mula tidak teratur dan sukar untuk mengetahui yang mana lebih terbaru.

Oleh yang demikian, terdapat laporan mengatakan yang Qualcomm merancang untuk menukar skema nama bermula dari pengganti Snapdragon 888 yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Berdasarkan maklumat awal yang dikongsi oleh Ice Universe di Twitternya, yang mengatakan pengganti Snapdragon 888 akan dinamakan sebagai ” Snapdragon 8 Gen 1 “ dan bukannya Snapdragon 898 yang dilaporkan sebelum ini.

Dengan perubahan skema nama, lebih mudah untuk mengetahui tahun ia dikeluarkan dan senarai kedudukan setiap cip baharu yang diumumkan. Selain itu, skema nama baharu ini mungkin juga akan digunakan pada siri baru yang akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN