Close

realme GT Neo2 hadir dengan cip Snapdragon 870 dan paparan 120Hz dengan harga RM2099


realme mengumumkan satu lagi peranti untuk pasaran Malaysi iaitu realme GT Neo2. Merupakan kemas kini kepada model sebelum ini iaitu realme GT Neo. Membawakan peningkatan dari segi spesifikasi dan juga keupayaan dari segi permainan.

Untuk spesifikasi, realme GT Neo2  membawakan skrin bersaiz 6.62 inci AMOLED FHD+ paparan 120Hz. Dijana Snapdragon 870 dengan gabungan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Turut menyokong virtual RAM sehingga 7GB. Bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W SuperDart tersedia didalam kotak.
Dari segi kemampuan kamera, realme GT Neo2 menawarkan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 64MP diikuti 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Kamera hadapan pula menampilkan sensor sebesar 16MP. 
Bagi memberikan pengalaman bermain yang lebih baik. realme telah menaik taraf sistem penyejuk dengan menggunakan teknologi gel yang mengandungi berlian. Seterusnya untuk pengaliran haba yang lebih baik terdapat lapisan graphene digunakan pada realme GT Neo.

realme GT Neo2 membawakan tiga pilihan warna iaitu Neo Green, Neo Black dan juga Neo Blue. Untuk penawaran harga realme GT Neo dijual pada tanda harga RM2,099, namun pada 11 November ia akan dijual pada harga RM1.999.

ARTIKEL BERKAITAN