Close

Reka bentuk awal OnePlus 10 Pro tertiris

Sumber : OnLeaks

Kini telah tiba masa untuk OnePlus membawakan generasi OnePlus seterusnya, selepas membawakan beberapa siri model OnePlus 9 iaitu OnePlus 9, OnePlus 9 Pro, OnePlus 9R dan terbaru adalah OnePlus 9RT.

Terkini, telah tertirisnya satu imej di arena web yang memperlihatkan reka bentuk bagi OnePlus 10 Pro. Imej yang tertiris itu memperlihatkan bonggol kamera belakang yang unik dan belum pernah digunakan pada-pada model lain.

Sumber: OnLeaks

Dari segi rekaan kamera ia mungkin merujuk kepada Samsung yang mana pada Galaxy S21 kedudukan kamera berada didalam frame. Walaupun begitu ia masih terlalu awal untuk diperkatakan  memandangkan ini merupakan imej pertama yang tertiris mengenai reka bentuk OnePlus 10 Pro.

Merujuk kepada imej yang tertiris, ia memperlihatkan tiga tetapan kamera belakang dan tidak keterlihatan sebarang sensor zum periskop seperti model sebelumnya.

OnePlus 10 Pro mungkin akan dijana Snadragon 898, RAM 8GB atau 12GB dengan storan sehingga 256GB. Buat masa ini tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai OnePlus 10 Pro. Mungkin akan ada perubahan dari masa ke semasa dari segi reka bentuk atau spesifikasinya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN