Close

Senarai awal peranti bagi kemaskini MIUI 13 diumumkan


Google telah pun mengumumkan Android 12 secara rasmi pada beberapa bulan yang lalu. Dan kini giliran Xiaomi pula mengumumkan kemaskini MIUI 13 yang berasaskan Android 12 dan Android 11 bagi peranti yang akan menerimanya.

Walaupun MIUI 13 masih lagi dalam fasa percubaan, beberapa kod sumber MIUI 13 telah pun didedahkan yang berkemungkinan akan dilancarkan semasa pengumuman Xiaomi 12 pada bulan hadapan.

Antara peranti yang akan hadir dengan MIUI 13 secara tersedia adalah Xiaomi 12X dan Redmi K50 sekaligus menjadikan ia peranti pertama yang hadir dengan MIUI 13.

Senarai lain yang dijangka akan menerima kemaskini MIUI 13 berasaskan Android 12 adalah Mi Mix 4, Mi 11 Ultra, Mi 11, Redmi K40, K40 Pro, Mi 10S dan Mi 11 Lite 5G. MIUI 13 versi beta telah pun hadir untuk kesemua model di atas, sementara versi stabil dijangka akan hadir dalam beberapa bulan lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN