Close

Siri Samsung Galaxy S22 dilaporkan mempunyai pengeluaran besar-besaran

Samsung dijangka akan melancarkan siri Galaxy S22 sekitar Januari 2022. Yang mana ia akan membawakan dua model iaitu Galaxy S22, S22+ dan S22 Ultra.

Berdasarkan laporan daripada WinFuture, yang mendakwa Samsung telah pun memulakan pengeluaran komponen secara besar-besaran untuk siri Galaxy S22 dan turut mengalami sedikit halangan. Namun itu adalah perkara biasa dalam memulakan pengeluaran untuk produk baharu. 

Dalam masa yang sama laporan tersebut turut berkongsi beberapa maklumat terpeinci mengenai pengeluaran komponen siri Galaxy S22. Di mana Samsung kini sedang menfokuskan pengeluaran komponen bagi model Galaxy S22 dan S22+ dalam semua varian. Manakala bagi Galaxy S22 Ultra Samsung menfokuskan kepada varian bagi pasaran Amerika Syarikat.

Walaupun hari pelancaran masih lagi jauh, namun buat masa ini semuanya berada dilandasan yang betul. Biarpun terdapat beberapa kekangan seperti kekurangan cip dan sebagainya. Kesemua model siri Galaxy S22 dijangka akan dilancarkan pada suku pertama 2022 iaitu sekitar Januari,

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN