Close

Siri iPhone 14 mungkin hadir dengan storan sehingga 2TB

 


Apple telah pun membawakan storan dalaman sehingga 1TB pada model iPhone 13 Pro Max. Dan ianya dilihat cukup besar bagi sesetengah pengguna. Namun, berdasarkan laporan terkini Apple dikatakan akan membawakan storan dalaman sehingga 2TB.

MyDrivers laman web dari China dan DigiTimes adalah sumber yang mengatakan perkara tersebut. Secara asasnya penawaran sehingga 2TB pada iPhone 14 adalah sangat logik,berkait rapat dengan penawaran ciri ProRes yang meningkatkan kualiti kamera.

Jika anda merakam dengan menggunakan ciri ProRes ia akan memakan 1.5GB storan setiap minit dan jika anda merakam pada resolusi 4K pula ia akan memakan storan sehingga 6GB seminit.

ProRes adalah salah satu ciri yang dipersembahkan pada acara pelancaran siri iPhone 14. Merupakan codec yang digunakan secara meluas oleh profesional dalam industri filem. Sama seperti ciri ProRaw untuk foto. Ciri ProRes membenarkan pengguna merakam video dengan pemamatan minimum tetapi menghasilkan rakaman yang sangat berkualiti tinggi.

Secara keseluruhannya, laporan ini masih terlalu awal untuk disahkan memandangkan hari pelancaran  siri iPhone 14 yang masih lagi panjang. Walaupun begitu ia tidak mustahil untuk ia benar-benar terjadi sekurang-kurangnya pada model iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN