Close

Siri OnePlus 10 dijangka akan dilancarkan pada suku pertama 2022


OnePlus
telah pun mengesahkan yang mereka tidak akan membawakan siri T seperti sebelum ini. Dengan pengesah itu, ia membawa maksud siri OnePlus 10 adalah model yang seterusnya dan telah pun muncul beberapa maklumat awal mengenainya di arena web.

Sebelum ini telah pun tertiris mengenai reka bentuk awal yang dikatakan sebagai OnePlus 10 Pro. Membawakan rekaan kamera belakang yang unik dan berbeza dari peranti yang ada di pasaran ketika ini. 

Kini hadir pula beberapa maklumat baru mengenai spesifikasi siri OnePlus 10 dan juga rekaannya. Menurut sumber terbaru, reka bentuk yang tertiris itu adalah merupakan rekaan akhir bagi siri OnePlus 10 sekaligus mengesahkan ia akan tampil dengan tetapan tri-kamera belakang.


Selain itu, untuk versi Pro ia akan membawakan pengecasan pantas sehingga 125W, yang mampu mengecas dalam masa 20 minit dari 0% ke 100% pada bateri bersaiz 5000mAh. Ia akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam, Putih dan juga Biru Muda. Di jangka akan dilancarkan pada penghujung januari 2022 atau awal Februari 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN