Close

Snapdragon 898 dijangka akan diumumkan pada 30 November ini

Setiap tahun Qualcomm akan membawakan acara Snapdragon Tech Summit, yang mana pada acara ini Qualcomm akan mempersembahkan teknologi yang akan hadir pada peranti tahun 2021 dan seterusnya.

Pada tahun ini, Qualcomm menjadualkan Snapdragon Tech Summit pada 30 November sehingga 2 Disember 2021. Dengan pengumuman itu, kami menjangkakan Qualcomm akan mengumumkan cip premium yang seterusnya iaitu Snapdragon 898 bagi menggantikan model sebelum ini.

Walaupun ia belum lagi di umumkan, namun terdapat beberapa desas-desus mengatakan peranti pertama yang akan hadir dengan Snapdragon 898 adalah Xiaomi 12.Yang mana Xiaomi 12 dijangka akan dilancarkan pada penhujung tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN