Tiada perubahan ketara pada rekaan Samsung Galaxy S22 dan S22+ - FUZZ.MY

Tuesday, November 2, 2021

Tiada perubahan ketara pada rekaan Samsung Galaxy S22 dan S22+


Samsung bakal memperkenalkan pengganti kepada siri Galaxy S21 tidak lama lagi. Dan menurut dari beberapa sumber,
Samsung Galaxy S22 dan S22+ sudah pun dalam fasa pengeluaran besar-besaran.


Bercakap mengenai reka bentuk siri keluarga "S" baru, berdasarkan dari LetsGoDigital yang berpangkalan di Belanda. Mendedahkan yang siri Galaxy S22 dan S22+ tidak membawakan reka bentuk yang ketara dan hanya terlihat agak biasa.


Pada Galaxys S22 ia membawakan reka bentuk yang sama seperti Galaxy S21, sementara pada Galaxy S22+ pula ia dijangka menampilkan rekaan panel belakang yang berbeza yang diubah secara drastik.



Untuk susun atur kamera, Galaxy S22 dan S22+ akan menggunakan susun atur yang sama iaitu rekaan menegak dengan potongan sehingga ke bingkai. Selain itu, ia akan menampilkan panel hadapan yang rata tetapi tidak seperti panel hadapan siri iPhone 13 yang menampilkan rekaan jenis segi empat sama.



Galaxy S22 dijangka akan hadir dengan skrin jenis OLED 6.06 inci FHD+, dengan potongan Diagonal terkecil sejak Galaxy S9. Sementara pada Galaxy S22+ pula ia akan hadir dengan skrin OLED 6.65 yang sedikit kecil berbanding S21+ iaitu 6.67.


Siri Galaxy S22 akan hadir dengan cip Exynos 2200 baharu yang ditala dengan GPU dari AMD. Manakala untuj pasaran Amerika Syarikat dan China ia mungkin hadir dengan cip Snapdragon 898.


(Sumber)