Close

WhatsApp Multi-Peranti tanpa sambungan telefon pintar kini tiba untuk semua pengguna


WhatsApp sebelum ini telah pun membawakan sokongan multi-peranti yang mana ia membolehkan WhatsApp digunakan sehingga empat peranti secara serentak tanpa perlu menggunakan capaian internet setiap masa. Selepas lebih sebulan ia diuji kini ia hadir buat semua pengguna Android dan iOS.

Walaupun begitu, fungsi ini masih lagi dalam versi beta dan perlu di aktifkan bergantung kepada jenis peranti anda. Cara untuk mengaktifkan adalah dengan pergi ke Setting > Linked Devices > Multi-Device Beta dan tekan ‘Join Beta’. Selepas itu buka WhatsApp dan scan QR kod untuk menyambung. Walaupun ia masih dalam versi beta namun tiada sebarang masalah untuk digunakan.

Selepas peranti disambungkan, mesej boleh dihantar dan diterima dengan menggunakan perkhidmatan berasaskan web dan telefon tidak lagi perlu berada dalam talian. Namun perlu diingatkan, anda tidak boleh menghantar mesej atau membuat panggilan melalui web, desktop atau portal kepada pengguna dengan versi WhatsApp yang lebih rendah.

Jika peranti tidak digunakan lebih dari 14 hari, sambungan akan diputuskan secara automatik. WhatsApp juga memberi amaran memandangkan ia masih lagi versi beta prestasi dan kualiti perkhidmatan mungkin sedikit terganggu dan pengguna boleh keluar dari versi beta pada bila-bila masa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN