Close

Xiaomi 12 dijangka akan dilancarkan pada 12 Disember ini

Dengan acara Qualcomm Tech Summit yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi. Xiaomi  dikatakan sudah bersedia untuk melancarkan peranti yang dikuasakan dengan cip premium terbaru dari Qualcomm.

Berdasarkan dari laporan China Today, Xiaomi dikatakan telah pun menetap satu tarikh bagi pengumuman Xiaomi 12. Walaubagaimanapun, ianya belum lagi diumumkan secara rasmi.

Tarikh pelancaran bagi Xiaomi 12 dijangka akan dibuat pada 12 Disember, sebagai simbolik berdasarkan pada model ke 12 Xiaomi. Di fasa awal perancangan, Xiaomi 12 sebenarnya akan diumumkan pada 16 Disember, namun tarikh tersebut telah diubah kepada 12 Disember bersamaan dengan hari Ahad.

Xiaomi turut dijangka akan memperkenalkan Xiaomi 12X pada acara perlancaran Xiaomi 12. Sementara Xiaomi 12 Ultra pula akan dilancarkan pada tahun 2022.

Xiaomi 12 dijangka hadir dengan skrin 2K jenis melengkung, paparan 120Hz, pembesar suara jenis stereo dan sistem kamera tiga kali ganda dengan sensor utama 50MP dari Samsung atau Sony. Selain itu, pengecasan pantas 120W dan sensor cap jari ultrasonik antara ciri lain yang mungkin hadir pada Xiaomi 12.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN