Close

Xiaomi 12 Ultra mungkin hadir dengan kamera dari Leica


Leica telah pun menamatkan kerjasama mereka bersama Huawei. Dan kini mencari rakan kerjasama baru bagi jangka masa panjang. Antara nama pengeluar  yang telah dikaitkan adalah Honor, Sharp dan Xiaomi.


Terkini, menurut laporan dari Digital Chat Station di Weibo. Leica dan Xiaomi dikatakan telah pun membuat perjanjian kerjasama, dan akan menyertakan teknologi kamera Leica pada Xiaomi 12 Ultra. Yang mana Xiaomi 12 Ultra dijangka hadir pada suku pertama 2022 selepas Xiaomi 12 dilancarkan.

Buat masa ini, tiada lagi maklumat yang terperinci mengenai apa yang bakal dibawakan oleh Leica pada Xiaomi 12 Ultra. Ini bukanlah kali pertama Xiaomi dikaitkan dengan Leica. Pada Mei yang lalu, Xiaomi telah pun dikaitkan dengan Leica dan kini ia mungkin menjadi realiti tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN