Close

Apple akan menyumbang dalam usaha baik pulih bencana banjir di Malaysia

Dalam bencana banjir yang berlaku baru-baru ini di Malaysia, Tim Cook dalam satu kenyataan beliau di Twitter telah menyatakan hasrat Apple untuk memberi sumbangan dan usaha membina semula jangka masa panjang dari kesan banjir yang menimpa keluarga yang terkesan.
Filipina yang juga sedang mengalami bencana banjir turut mendapat sumbangan dari Apple, menurut Tim Cook.
Buat masa ini di Malaysia, ramai NGO dan rakyat sedang bekerjasama untuk misi bantuan terhadap kawasan yang terkesan sekitar Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan lain-lain. Harap dipermudahkan urusan mereka dan bencana ini segera pulih.

ARTIKEL BERKAITAN