Close

Apple mungkin akan membuang ‘Digital Crown’ pada siri Apple Watch yang seterusnya

Seperti yang kita tahu salah satu fungsi menarik pada Apple Watch ialah Digital Crown, yang mana ia membolehkan pengguna mengawal antara muka WatchOS tanpa menyentuh  skrin sepanjang masa.

Sumber : Patenly Apple

Walaubagaimanapun, Apple merancang untuk menggantikan Digital Crown kepada Optical Sensor berdasarkan kepada paten baharu Apple Watch. Merujuk daripada laporan dari US Patent & Trademark Office yang menerbitkan paten baru yang memperlihatkan bagaimana Digital Crown pada Apple Watch digantikan dengan Optical Sensor yang dapat mengenal gerak isyarat pengguna.

Sumber : Patenly Apple

Apple mengatakan dengan ketiadaan Digital Crown ia bukan sahaja dapat meningkatkan masa penggunaan. Ruang tersebut juga mungkin boleh digantikan dengan komponen lain seperti sensor baru atau bateri yang lebih besar. 

Namun perlu diingat, tidak semua teknologi yang di patenkan oleh Apple akan menjadi produk sebenar. Dan walaupun Apple merancang untuk menggantikan Digital Crown, ia mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum ia dilancarkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN