Close

Apple Watch edisi Explorer dijangka hadir pada tahun 2022

Apple Watch pertama dilancarkan pada April 2015, merupakan salah satu jam tangan pintar yang popular dan digunakan oleh kebanyakkan pengguna. Sehingga hari ini, Apple Watch mempunyai lebih 100 Juta pengguna aktif di seluruh dunia.

Terkini, terdapat laporan baru mengenai satu produk baru dibawah barisan Apple Watch. Menurut penganalisi terkenal Ming-Chi Kuo, Apple dikatakan sedang dalam proses untuk menghasilkan Apple Watch jenis tahan lasak yang dijangka akan dilancarkan pada 2022.

Kuo juga menjangkakan Apple akan mengumumkan tiga model siri Apple Watch 8 iaitu Watch 8, Watch SE baharu dan Watch tahan lasak yang akan dikenali sebagai edisi Eplorer. Walaubagaimanapun, tiada sebarang spesifikasi yang didedahkan mengenai Apple Watch tahan lasak pertama dari Apple.

Kami menjangkakan Appe Watch edisi Explorer akan hadir dengan keupayaan shock impact-resistant dan akan menyasarkan kepada atlet ekstrem dan juga pengguna yang menyukai aktiviti lasak. Siri Apple Watch 8 akan memuatkan body temperature sensor yang akan membantu pengguna mengumpulkan lebih banyak data kesihatan dan kecergasan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN