Close

Caviar hasilkan iPhone 13 dengan kemampuan kalis peluru

Caviar merupakan satu jenama mewah yang membawakan konsep ubah suai telefon secara kreatif dengan menggunakan bahan yang paling jarang dilihat dan berkualiti tinggi. Syarikat yang berpangkalan di Rusia ini menfokuskan kepada telefon popular dan mengubah suainya untuk menjadikan ia lebih mewah dan premium.

Caviar memperkenalkan satu lagi ubah suai mewah dengan kemampuan kalis peluru yang di panggil sebagai Stealth 2.0 bagi siri iPhone 13. Di mana Stealth 2.0 telah dihasilkan dengan kerjasama dari NPO TCIT yang pakar dalam penghasilan kenderaan perisai dan juga helikopter tempur.


Menerusi satu video yang dimuatnaik oleh Caviar Global memperlihatkan iPhone 13 Pro Max berjaya menahan dari ditembusi peluru, namun selepas itu telefon tersebut tidak lagi boleh digunakan. Caviar juga turut menawarkan satu lagi edisi dengan ciri yang sama namun dengan binaan Titanium.

Siri Stealth 2.0 hanya dihasilkan 99 unit sahaja, dijual dalam dua varian iaitu iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max dengan storan dari 128GB sehingga 1TB. Ia ditawarkan dengan harga bermula dari RM26,932 ($6,370) sehingga RM33,793 ($7,980).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN