Close

Honor menjadualkan acara pelancaran Honor X30 pada 16 Disember ini




Honor
hari ini mengumumkan tarikh pelancaran X30 selepas melancarkan Honor X30i dan X30 Max pada Oktober yang lalu. Honor menjadualkan hari pelancaran X30 pada 16 Disember ini. 

                                                                      

Siri Honor X30 adalah model kemaskini kepada siri X20, yang juga merupakan model terpenting bagi Honor yang telah merekodkan hasil jualan yang tinggi sebelum Honor keluar dari Huawei.

Walaupun tarikh pelancaran telah diumumkan, namun buat masa ini belum ada sebarang spesifikasi yang didedahkan berkenaan Honor X30. Kami menjangkakan Honor akan membuat beberapa teaser berkenaan spesifikasi Honor X30 menjelang beberapa hari sebelum pelancarannya.

Beberapa sumber mengatakan yang Honor X30 akan dikuasakan oleh Snapdragon 695 5G, bersama skrin jenis LCD dengan paparan 120Hz dan juga membawakan rekaan kamera bulat seperti pada siri Magic3.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN