Close

Huawei 50 Pocket hadir dengan skrin boleh lipat dan cip Snapdragon 888 4G

Selepas melancarkan dua generasi peranti boleh lipat dari model Mate X, Huawei hari ini secara rasminya memperkenalkan satu lagi peranti boleh lipat iaitu Huawei 50 Pocket. Berbeza dari penawaran Mate X, Huawei 50  Pocket merupakan model pertamanya Huawei yang tampil dengan skrin boleh lipat jenis clamshell.


Huawei 50 Pocket  tampil dengan skrin bersaiz 6.9 inci OLED 120Hz boleh lipat bersama dengan skrin luar berbentuk bulat bersaiz 1.04 inci OLED dengan paparan 60Hz. Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 888 4G, RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri sebesar 4000mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 40W.


Untuk fotografi, Huawei 50 Pocket membawakan tetapan tri-kamera dengan sensor utama bersaiz 40 MP sudut lebar, 13 MP ultra sudut lebar dan 32 MP kamera spektrum ultra. Tidak ketinggalan kamera swafoto bersaiz 10.7 MP. Bagi ciri keselamatan, Huawei Pocket 50 mempunyai pengimbas cap jari diletakkan pada butang kuasa dan menjalankan Harmony OS 2.0.

Huawei P50 Pocket didatangkan dalam warna putih dan hitam serta terdapat edisi premium khas dengan trim emas. Untuk penawaran harga di China, Huawei 50 Pocket dijual pada harga CNY 8,988 (RM5,924) bagi versi 8GB/256GB dan CNY 10,988 (RM7,241) untuk edisi premium khas 12GB/512GB. Jualan pertama di China bermula hari ini, namun untuk pasaran global ia masih belum lagi diumumkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN