Close

Huawei P50 Pocket bakal diumumkan pada 23 Disember ini – Fon dengan skrin boleh lipat

Huawei memulakan langkah mereka dengan memperkenalkan dua varian Huawei siri P iaitu P50 dan P50 Pro pada bulan Julai yang lalu. Dan kini Huawei bakal memperkenalkan satu lagi model di bawah siri P yang akan diumumkan pada 23 Disember ini.

Huawei menjadualkan tarikh pelancaran bagi Huawei P50 Pocket pada 23 Disember ini. Siri P baru ini merupakan sebuah peranti boleh lipat yang sebelum ini dikenali sebagai Mate V, namun nama tersebut diubah kepada P50 Pocket.

Dari segi rekaan, P50 Pocket ini hadir dengan lipatan jenis clamshell seperti mana pada Galaxy Z Flip 3 dan juga Motorola Razr. Walaubagaimanapun, P50 Pocket tetap hadir dengan beberapa ciri unik, seperti skrin luar yang lebih besar dan modul kamera yang di susun secara menegak.


Dengan menggunakan skrin kedua yang lebih besar, ia membolehkan pengguna mengambil gambar swafoto dengan lebih mudah sekaligus menjadi skrin utama bebas dari gangguan rekaan skrin jenis takuk atau berlubang.

P50 Pocket ini juga akan mempunyai heat pipe yang boleh dibengkokan sekaligus dapat menawarkan pengurusan haba dan prestasi yang lebih baik.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan yang P50 Pocket akan dijana oleh cip dari Kirin  9000 atau cip terkini dari Snapdragon iaitu Snapdragon 8 Gen 1. Menjelang hari pelancaran yang semakin dekat, akan lebih banyak maklumat akah didedahkan oleh Huawei kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN