Close

iPhone 14 dilaporkan akan hadir dengan kamera 48MP dan 8GB RAM


Siri iPhone 14
mungkin akan dilancarkan pada suku ketiga atau keempat tahun 2022. Ini bermaksud kurang dari sembilan bulan dari sekarang kita bakal melihat siri iPhone 14 secara rasmi. Berikutan itu, terdapat beberapa laporan awal mengenai siri iPhone 14 tersebar di arena web.

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan yang siri iPhone 14 akan tampil dengan kamera swafoto jenis berlubang dan tiada lagi iPhone 14 mini. Selain itu, siri iPhone 14 akan hadir dalam empat varian iaitu iPhone 14 6.1 inci, iPhone 14 Max 6.7 inci, iPhone 14 Pro 6.1 inci dan iPhone 14 Pro Max 6.7 inci.


Terkini, Apple iPhone 14 dijangka akan mempunyai tiga kamera belakang dengan kamera utama sebesar 48MP, diikuti dengan sensor ultra lebar dan juga telefoto 12MP. Walaubagaimanapun, tetapan kamera belakang ini berkemungkin akan hadir pada versi Pro sahaja.

Dalam pada itu, versi Pro juga dijangka hadir dengan kapasiti RAM yang dinaik taraf kepada 8GB, di mana pada iPhone 13 Pro ia hadir dengan 6GB RAM. Dari segi konfigurasi storan dalaman, siri iPhone 14 dijangka hadir dengan storan bermula dari 128GB walaupun terdapat laporan mengatakan ia akan hadir dengan storan bermula dari 64GB.

iPhone 14 6.1 inci dilihat akan menjadi model yang paling murah dalam siri ini, memandangkan Apple tidak lagi bercadang untuk membawakan versi mini untuk siri iPhone 14 kali ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN