Close

iPhone 15 mungkin akan hadir dengan kamera periskop

Seperti yang kita tahu, kemampuan kamera pada iPhone adalah sangat mengagumkan. Imej yang dihasilkan terlihat sangat tajam dan terang bahkan pada sesetengah keadaan imej yang dihasilkan sebaris dengan kamera DSLR.

Walaupun begitu, terdapat kekurangan pada kamera iPhone iaitu ketiadaan kamera periskop yang mana ia telah pun ditawarkan pada kebanyakkan peranti Android. Namun, menurut pakar tiris Ming-Chi Kuo Apple akan membawakan kamera periskop pada iPhone 15 dengan kemampuan zum sehingga 10x. Kuo juga mengatakan sekurang-kurangnya satu model dari iPhone 15 akan tampil dengan kamera periskop pada tahun 2023. 

Sementara pada siri iPhone 14, Apple akan mula menawarkan kamera dengan 48 MP pada model Pro. Merupakan peningkatan paling ketara pada kamera iPhone sejak ia mula ditawarkan. Jadi, kedatangan kamera periskop pada siri iPhone 15 boleh dianggap bakal terjadi.

Namun begitu, hari pelancaran yang masih jauh kita mungkin akan mengetahui lebih banyak maklumat mengenai siri iPhone 14 atau iPhone 15.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN