iPhone 15 mungkin hadir tanpa slot kad SIM fizikal - FUZZ.MY

Tuesday, December 28, 2021

iPhone 15 mungkin hadir tanpa slot kad SIM fizikal


Apple telahpun melancarkan siri iPhone 13 pada bulan September yang lalu, diikuti iPhone 14 yang bakal menyusul sekitar September 2022. Namun beberapa maklumat awal mengenai iPhone 15 telah pun ada dan tersebar di arena web.


Menurut dari satu laman portal di Brazil, Apple dikatakan akan membuang slot kad sim fizikal pada siri iPhone 15 pada tahun 2023. Di mana sumber tersebut menjangkakan yang model iPhone 15 Pro tidak akan mempunyai slot sim fizikal sebaliknya menggunakan teknologi eSIM sepenuhnya.


Namun apa yang menarik, sumber tersebut menyatakan yang iPhone 15 di jangka hadir dengan sokongan dwi eSIM yang membolehkan dua rangkaian digunakan secara serentak. Walaubagaimanapun, sumber tidak menyatakan adakah kesemua siri iPhone 15 akan hadir tanpa slot kad sim atau hanya pada versi Pro sahaja.


Rancangan Apple untuk membuat slot kad SIM bukanlah perkara yang mengejutkan, kerana sebelum ini Apple telah pun tampil dengan idea iPhone tanpa port. Jadi ketiadaan slot kad SIM mungkin langkah pertama Apple ke arah itu.


(Sumber)