Close

iPhone SE 3 mungkin akan dilancarkan pada Mac 2022


iPhone SE merupakan iPhone yang dijual dengan harga yang lebih mampu milik jika dibandingkan dengan model iPhone yang lain. Oleh yang demikian, Apple dikatakan akan menawarkan iPhone SE generasi baru yang mungkin dikenali sebagai iPhone SE 3.

Berdasarkan laporan terkini dari syarikat penyelidikan Taiwan TendForce, menjangkakan iPhone SE 3 mungkin akan dilancarkan pada suku pertama 2022. Merujuk kepada beberapa sumber dalaman yang menyediakan bekalan alat ganti bagi iPhone SE 3.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, iPhone SE 3 akan menjadi peranti dengan 5G termurah dari Apple. Membawakan rekaan berasaskan reka bentuk iPhone 8 tetapi dijana dengan cip A15 Bionic. Masih menggunakan fungsi Touch ID namun dengan bingkai skrin yang lebih nipis.

iPhone SE pertama dikeluarkan pada Mac 2016 dan dihentikan penjualan pada September 2018, manakala iPhone SE 2 dikeluarkan pada April 2020 dan masih boleh dibeli sehingga sekarang.

Apple dijangka akan mengeluarkan sekitar 25 hingga ke 30 juta unit iPhone SE 3 pada tahun hadapan. Memandangkan ia mungkin akan menjadi peranti kompak paling berkuasa di pasaran kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN