OnePlus 10 Pro akan membawakan kamera swafoto yang lebih baik bersama pengecasan pantas 80W - FUZZ.MY

Saturday, December 18, 2021

OnePlus 10 Pro akan membawakan kamera swafoto yang lebih baik bersama pengecasan pantas 80W

Sumber: OnLeaks

Siri OnePlus 10
diijangka akan dilancarkan pada penghujung suku pertama 2022. Berdasarkan dari laporan sebelum ini, OnePlus 10 Pro tidak akan membawakan perubahan spesifikasi yang ketara dari model sebelum ini, tetapi ia masih membawakan beberapa peningkatan dari segi kamera swafoto dan juga sokongan teknologi pengecasan pantas yang baru.



Menurut Digital Chat Station, OnePlus 10 Pro akan hadir dengan kamera swafoto yang dinaiktaraf dari 16MP kepada 32MP. Selain itu, ia juga akan membawakan teknologi pengecasan pantas yang terkini iaitu 80W bagi berwayar dan 50W tanpa wayar.


OnePlus 10 Pro dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.7 inci LTPO AMOLED bersama paparan 120Hz. Dari segi reka bentuk pula, OnePlus 10 Pro akan tampil dengan rekaan kamera belakang yang berbeza namun akan membawakan tetapan kamera yang sama tetapi dengan sensor yang lebih baik.


Menjelang hari pelancaran, akan lebih banyak maklumat mengenai siri OnePlus 10 akan didedahkan. Kita mungkin bakal melihat sesuatu yang baru akan ditawarkan oleh OnePlus pada model seterusnya, sama-sama kita nantikan.


(Sumber)