Close

OnePlus 10 Pro dijangka hadir dengan panel skrin LTPO 2.0

Selepas mengesahkan hari pelancarana siri OnePlus 10 pada Januari 2022, Pete Lau turut mengesahkan beberapa lagi maklumat berkenaan dengan spesifikasi yang akan dibawa oleh OnePlus 10 dan OnePlus 10 Pro.

Bercakap mengenai skrin, OnePlus 10 Pro bakal hadir dengan panel Low-temperature polycrystalline oxide (LPTO)  2.0. Dengan panel LTPO yang dinaiktaraf OnePlus mendakwa ia akan memberikan pengalaman yang lebih lancar dalam semua aspek penggunaan.

Teknologi skrin LTPO membolehkan kadar paparan berubah diantara 1Hz sehingga 120Hz dimana dengan teknologi ini ia dapat menjimatkan penggunaan kuasa disamping memberikan pengalaman skrin yang maksimum.

Spesifikasi lain yang akan dibawakan OnePlus 10 Pro adalah seperti dijana cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1, bateri 5000mAh dan pengecsan pantas 80W. Tidak ketinggalan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48 MP, 50 MP ultralebar dan 8MP telefoto dengan 3x zum optik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN