Close

OnePlus menjadualkan pelancaran siri OnePlus 10 pada Januari 2022

Sumber : OnLeaks

Siri OnePlus yang seterusnya adalah OnePlus 10, berdasarkan dari laporan sebelum ini siri OnePlus 10 akan dijana oleh Snapdragon 8 Gen 1, pengecasan pantas 80W , kamera utama 50 MP, kamera swafoto 32MP dan hadir dengan reka bentuk yang berbeza dari model sebelum ini.

Terkini, OnePlus telah pun mengesahkan tarikh pelancaran bagi siri OnePlus 10 iaitu pada Januari 2022. Di mana tarikh pelancaran tersebut disahkan sendiri oleh pengasas OnePlus iaitu Pete Lau melalui laman blog China Weibo.

Walaupun begitu, Pete Lau tidak mendedahkan tarikh bagi hari pelancaran namun terdapat laporan mengatakan hari pelancaran siri OnePlus 10 akan dibuat pada 5 Januari 2022.

Seperti yang kita tahu yang mana siri OnePlus 10 akan memasuki pasaran China pada bulan hadapan, namun untuk pasaran global belum ada sebarang tarikh yang didedahkan. Kami menjangkakan yang siri OnePlus 10 akan memasuki pasaran global pada April 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN