Close

OnePlus Pad dijangka akan diperkenalkan pada awal tahun 2022

 Seperti yang kita tahu, OnePlus akan mengumumkan peranti premium mereka yang seterusnya iaitu siri OnePlus 10 sekitar Januari 2022 yang akan dijana Snapdragon 8 Gen 1. 

Selain dari pelancaran siri OnePlus 10, OnePlus juga dikatakan sudah bersiap sedia untuk melancarkan Tablet pertama mereka yang akan dikenali sebagai OnePlus Pad. Ianya dijangka akan dilancarkan pada sekitar awal 2022 di India dan tidak akan dilancarkan bersama dengan siri OnePlus 10.


Dengan pelancaran Tablet pertama dari OnePlus, ia bakal mengembangkan lagi portfolio mereka yang kini telah menawarkan beberapa produk seperti TV, Audio, Wearable Tech dan juga telefon pintar. Buat masa ini tiada sebarang spesifikasi yang didedahkan mengenai Tablet pertama dari OnePlus.

Kita mungkin bakal melihat banyak maklumat yang akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak. OnePlus Pad dijangka akan ditawarkan dalam dua atau tiga model namun perkara tersebut tidak masih tidak dapat di pastikan lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN