Close

Oppo mempatenkan rekaan telefon dengan kamera belakang di bawah skrin

 

Oppo merupakan salah satu pengeluar yang membangunkan teknologi telefon dengan kamera di bawah skrin pada tahun 2019. Walaupun begitu, Oppo masih belum lagi melancarkan sebarang telefon dengan teknologi tersebut.

Melalui WIPO (World Intellectual Property Organisation), Oppo dilaporkan telah mempatenkan rekaan peranti dengan kamera di bawah skrin bersama skrin kecil di bahagian belakang yang diletakkan bersebelahan kamera belakang. Rekaan ini mungkin sebahagian dari siri Find X4 yang mungkin akan dilancarkan kelak.

 

Paten ini juga telah diluluskan oleh CNIPA (Chinese National Intellectual Property Association). Berikutan itu, Lets Go Digital baru-baru ini telah mendedahkan rekaan skrin melengkung di keempat-empat bahagian yang turut memperlihatkan rekaan kamera belakang berbentuk empat segi bersama skrin kedua.

Skrin kedua itu mungkin akan digunakan untuk memaparkan notifikasi dan juga memudahkan pengguna untuk mengambil swafoto seperti pada Mi 11 Ultra dan Meizu 7 Pro. Buat masa ini, Oppo tidak memberikan sebarang maklumat mengenai bila ia akan tersedia pada peranti mereka. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN