Close

Oppo perlihatkan telefon dengan kamera belakang yang unik


Oppo menjadualkan Inno Day 2021 pada 14 Disember ini. Yang mana Oppo akan memperlihatkan teknologi baharu yang akan dibawa oleh mereka disamping memperkenalkan barisan baru peranti premium. 

Pada tahun lalu, Oppo telah memperlihatkan telefon konsep dengan skrin boleh gulung dan tahun ini Oppo memperlihatkan telefon dengan modul kamera belakang yang boleh di retractable. Melalui dari video yang dikongsi, memperlihatkan telefon dengan kamera belakang yang boleh dilaraskan apabila menggunakan aplikasi kamera. Selain dari retractable, ia juga mempunyai kemampuan ketahanan dari percikan dan mempunyai ciri fall detection.


Dengan fungsi kamera yang retractable, ia menjadikan rekaan belakang menjadi rata dan tidak lagi mempunyai bongol seperti pada peranti yang ada ketika ini. Menjelang acara Inno Day 2021 yang akan berlangsung kurang dari seminggu, kita mungkin akan disajikan pelbagai teknologi baru dari Oppo.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN