Close

Permintaan siri iPhone 13 dijangka menurun disamping masalah kekurangan cip


Siri iPhone 13 menawarkan sejumlah peningkatan berbanding generasi sebelumnya, seperti paparan ProMotion 120Hz, sensor kamera yang lebih besar dan lebih baik, bateri yang lebih besar dan juga takuk yang lebih kecil dan banyak lagi.

Pada permulaan penjualan siri iPhone 13, ia mendapat sambutan diluar jangkaan. Apple mula mengatur strategi dengan menempah pembuat cip untuk memenuhi permintaan. Namun, selepas itu permintaan siri iPhone 13 mula menurun disebabkan kekurangan bekalan cip dan kini Apple menghadapai satu lagi masalah berkenaan permintaan siri iPhone 13 yang menurun.

Dipetik dari laporan Bloomberg yang mengatakan Apple menghadapi masalah pengeluaran bagi siri iPhone 13 yang memperlihatkan Apple mengurangkan tempahan dari pada 90 Juta unit kepada 80 Juta. Namun berdasarkan trend permintaan yan kian menurun, Apple dikatakan sedang merancang untuk mengurangkan lebih banyak tempahan.

Apple pada mulanya memberitahu yang permintaan siri iPhone 13 akan meningkat semula pada tahun hadapan. Tetapi perkara tersebut dilihat tidak mungkin berlaku,. Permintaan menurun adalah kerana masa penghantaran yang lebih lama berikutan masalah kekurangan cip.

Dilihat dengan keadaan bekalan yang masih sama, Apple nampaknya tidak akan dapat mengeluarkan iPhone 13 seperti mana yang diharapkan dan ia akan menjejaskan prestasi jualannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN