Close

Pixel 6a akan hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin namun tanpa bicu audio

Sumber: Xleaks7

Ura-ura mengenai peranti mampu milik dari Google iaitu Pixel 6a semakin hangat diperkatakan. Walaupun ia hadir dengan rekaan dari siri Pixel 6 akan tetapi dari segi sistem kamera ia menggunakan sensor yang sama seperti pada Pixel 5a.


Terkini, berdasarkan dari imej dummy 3D yang dikatakan sebagai Pixel 6a telah memperlihatkan rekaan yang sama dengan beberapa maklumat tambahan mengenainya.

Sumber: Xleaks7

Berdasarkan dari imej tersebut, beberapa maklumat awal dapat disahkan seperti ia akan membawakan rekaan yang sama seperti siri Pixel 6 dengan tetapan dwi kamera. Dengan ketiadaan pengimbas cap jari dibahagian belakang ia bermakna Pixel 6a akan menggunakan pengimbas cap jari dalam skrin sekaligus menjadikan Pixel 6a peranti mampu milik pertama dari Google hadir dengan fungsi sebegitu.

Sumber: Xleaks7

Beralih ke bahagian hadapan, Pixel 6a dijangka akan menggunakan kamera swafoto sama seperti siri Pixel 6 tapi akan mempunyai bezel skrin yang lebih tebal berbanding Pixel 6. Selari dengan itu, Pixel 6a juga tidak akan mempunyai bicu audio dan perkara itu disahkan melalui imej dummy tersebut.

Sumber: Xleaks7


Pixel 6a dijangka akan diumumkan pada Ogos tahun hadapan dan ia akan hadir dengan skrin OLED 6.2 inci, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 128GB. Akan menampilkan cip Google Tensor dengan rangkaian 5G dan bukannya menggunakan cip dari Snapdragon. Namun dengan hari pelancaran yang masih panjang, kami menjangkakan akan ada perubahan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN