Close

realme GT 2 Pro peranti pertama hadir dengan Snapdragon 8 Gen 1


Qualcomm telah pun melancarkan Snapdragon 8 Gen 1 yang merupakan pengganti kepada Snapdragon 888 dengan penggunaan skema nama yang baru. Membawakan sejumlah peningkatan dari semua aspek dan juga menggunakan teknologi binaan 4nm.

Berikutan dari itu, realme secara rasminya mengumumkan yang mereka merupakan peranti pertama yang akan hadir dengan Snapdragon 8 Gen 1 melalui model realme GT 2 Pro. Yang mana fasa pembangunan peranti tersebut telah pun bermula sejak beberapa bulan yang lalu. Ia akan menjadi peranti paling premium yang pernah dihasilkan oleh realme menurut Naib Presiden realme iaitu Chase Xu.


Rekaan GT 2 Pro dikatakan hadir dengan rekaan sisi rata dengan binaan logam. Dijana dengan Snapdragon 8 Gen 1 yang mana baru-baru ini cip tersebut mencatatkan skor melebihi satu juta di AnTuTu. Spesifikasi lain yang mungkin hadir adalah skrin bersaiz 6.51 inci FHD+ AMOLED, paparan 120Hz, RAM LPDDR5, storan dalaman UFS 3.1, pengecasan pantas 125W UltraDart dan menjalankan Android 12 dengan antaramuka realme UI 3.0.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN