Close

Samsung Galaxy S22 Ultra akan mempunyai pemproses imej yang lebih baik dari Galaxy S21 Ultra

Ura-ura mengenai Samsung Galaxy S22 Ultra semakin hangat diperkatakan, sebelum ini telah tertiris reka bentuk siri Galaxy S22 yang memperlihatkan perubahan dari segi rekaan kamera belakang yang berbeza dari model sebelum ini.

Terkini, menurut dari pakar tiris @UniverseIce menyatakan yang Samsung Galaxy S22 Ultra bakal mempunyai sensor kamera yang jauh lebih baik dari Galay S21 Ultra. Walaupun hanya melakukan sedikit perubahan pada perkakasan pengimejan.

Walaupun Galaxy S22 Ultra bakal hadir dengan pemprosesan imej yang lebih baik, namun ia dijangka hadir dengan kamera yang sama iaitu 108MP. Ini bermakna, peningkatan kualiti pada pemproses imej datang dari kemampuan cip terbaru dari Samsung iaitu Exynos 2200 atau mungkin dari Snapdragon 8 Gen 1.

Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat mengenai Galaxy S22 Ultra akan didedahkan. Samsung mungkin akan mengumumkan siri Galaxy S22 pada bulan Februari 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN