Samsung mungkin akan menggantikan Android OS kepada Fuchsia OS - FUZZ.MY

Tuesday, December 28, 2021

Samsung mungkin akan menggantikan Android OS kepada Fuchsia OS



Fuchsia OS mula dibangunkan pada 2016 oleh Google, merupakan sistem operasi sumber terbuka dan Nest Hub merupakan produk pertama yang menerima kemaskini pada platform tersebut. 


Secara asasnya, Fuchsia OS menawarkan banyak kelebihan berbanding Android seperti kemampuan mengemaskini yang lebih mudah.


Berikutan itu, Samsung dikatakan bersedia untuk menggunakan Fuchsia OS pada masa akan datang. Berdasarkan dari laporan yang tertiris sebelum ini yang mengatakan Samsung merancang untuk menggunakan Fuchsia OS sebagai sistem pengendali pada telefon pintarnya.



Laporan ini turut disokong oleh Ice Universe, selain itu Dohyun Kim juga mengatakan perkara yang sama bahawa Samsung sedia mengucapkan selamat tinggal kepada Android dan akan menggantikannya dengan Fuchsia. Dohyun turut menambah Samsung mungkin akan mengambil masa beberapa tahun lagi sebelum melancarkan peranti pertama dengan Fuchsia.


(Sumber)