Samsung umumkan program bantuan terhadap mangsa banjir di Malaysia - FUZZ.MY

Thursday, December 23, 2021

Samsung umumkan program bantuan terhadap mangsa banjir di Malaysia


Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini telah umumkan bahawa syarikat itu akan memberi bantuan kepada mangsa bencana banjir. Bantuan ini khas buat pelanggan Samsung yang terkesan.


Program bantuan yang akan diberikan adalah dari segi satu kali cucian percuma, pemeriksaan dan kos buruh percuma untuk membaik pulih produk Samsung yang mengalami kerosakan akibat banjir. 


Anda boleh buat panggilan terus ke 1800-88-9999, atau terus hubungi pihak Samsung melalui Samsung Members atau terus ke laman sesawang rasmi Samsung Malaysia. Program ini bermula 22 Disember sehingga 31 Januari 2022.