Close

Siri Google Pixel 6 hanya boleh dicas dengan kabel dan pengecasan tertentu sahaja

Siri Google Pixel 6 telah dilancarkan pada 28 Oktober yang lalu. Merupakan peranti paling premium pernah dihasilkan oleh Google dan dijana dengan cip Google Tensor. Sejak ia dilancarkan, terdapat banyak laporan mengenai masalah yang berlaku pada siri Pixel 6.

Walapun beberapa masalah sebelum ini telah diselesaikan dengan kemaskini perisian, timbul satu lagi masalah di mana terdapat pengguna mendakwa siri Pixel 6 tidak boleh dicas dengan beberapa kabel dan pengecasan USB-C dari pelbagai jenama.

Perkara ini sebenarnya telah pun dijangka oleh Google, kerana Google telah pun memberi amaran mengenai perkara tersebut dengan menyatakan bahawa sesetengah aksesori kabel dan pengecasan USB-C mungkin tidak boleh digunakan pada siri Google Pixel 6. Terutamanya aksesori yang tidak diperakui dan tidak menyokong standard USB PD 3.0 PPS baharu.

Alasan disebalik perkara ini adalah untuk melindungi port pengecasan dan bateri, kerana kemungkinan terdapatnya masalah yang akan muncul jika pengguna menggunakan kabel dan pengecasan USB-C yang tidak diperakui atau berkualiti rendah.

Jika anda pemilik siri Google Pixel 6, pastikan anda membeli aksesori yang diperakaui dan menyokong standard pengecasan PD 3.0. Memandangkan Google tidak lagi menyertakan pengecasan USB-C di dalam kotak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN