Close

Sony umumkan lima warna baharu PlayStation 5

 


Sony hari ini mengumumkan warna pelindung baru untuk PlayStation 5, ia juga merupakan kali pertama Sony hadir dengan penawaran sebegitu di samping turut memperkenalkan tiga lagi warna baharu untuk Controller DualSense.


Sony menawarkan lima warna untuk pelindung konsol PlayStation 5 iaitu Nova Pink, Starlight Blue, Galactic Purple, Cosmic Red dan Midnight Black. Kesemua warna pelindung tersebut harus dibeli secara berasingan, warna putih akan menjadi satu-satunya warna pilihan semasa membeli PlayStation 5.

Selain dari pelindung konsol, Sony juga menawarkan tiga lagi warna baharu untuk Controller DualSense iaitu Nova Pink, Starlight Blue dan Galactic Purple sepadan dengan penawaran warna pelindung. Dengan penawaran tiga warna baharu ia menjadikan Controller DualSense mempunyai enam warna pilihan secara keseluruhan termasuk warna putih.

Pengguna boleh mula mendapatkan warna baharu pelindung konsol bermula pada Januari 2022 akan tersedia di Amerika Syarikat, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Switzerland, Austria, Sepanyol, Portugal, Itali, Australia, New Zealand, Jepun, China, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Korea dan Filipina. Untuk permulaan ia hanya menawarkan dua warna pilihan iaitu hitam dan merah sementara tiga lagi warna akan mula ditawarkan pada pertengahan tahun 2022. 

Bagi warna baharu Controller DualSense, ia akan mula ditawarkan pada Januari 2022. Untuk harga jualan pelindung konsol ia masih lagi belum diumumkan oleh Sony.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN