Close

Video promosi OnePlus 10 Pro tertiris


OnePlus nampaknya sudah bersedia untuk melancarkan peranti premium mereka yang seterusnya. Dengan beberapa hari sahaja lagi hari pelancaran kita bakal melihat siri OnePlus 10 akan diumumkan secara rasmi.

Pada November lalu, kita telah pun diperlihatkan dengan imej awal mengenai OnePlus 10 Pro. Terbaru, MayankkumarYT melalui Twitternya telah berkongsi video promosi yang berdurasi 17 saat yang memperlihatkan reka bentuk akhir peranti tersebut.

Sumber : Droider Tech

Melalui dari video tersebut, sebahagian besar dari rekaan tersebut adalah sama seperti yang telah tertiris sebelum ini. Perubahan paling ketara adalah pada bahagian kamera belakang yang tidak lagi menggunakan rekaan sama seperti pada model sebelum ini. Menggunakan tetapan tri kamera dengan sensor utama 48 MP, 50 MP sudut lebar dan 8 MP telefoto dengan zum 3.3x. Tertera juga perkataan Hasselblad.

OnePlus 10 Pro berkemungkinan akan membawakan skrin melengkung bersaiz 6.7 inci dengan paparan 120Hz. Kamera swafoto 32 MP jenis punch hole yang diletakkan pada bahagian kiri atas.

Sumber : WaqarKhanTech

Untuk spesifikasi lain, OnePlus 10 Pro akan dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1, RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Di muatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 125W. OnePlus dijangka akan mengumumkan siri OnePlus 10 pada 4 Januari 2022 dan akan mula dijual pada 11 Januari.

(Sumber) 

ARTIKEL BERKAITAN