Close

Xiaomi 12 akan dilancarkan pada 28 Disember ini

Xiaomi hari ini telah pun mengumumkan tarikh pelancaran bagi siri Xiaomi 12, merupakan kemaskini kepada siri sebelumnya iaitu Xiaomi Mi 11. Xiaomi telah menjadualkan hari pelancaran bagi siri Xiaomi pada 28 Disember ini di China.



Sejurus pengumuman tarikh pelancaran, Xiaomi turut mendedahkan acara tersebut akan menampilkan dua model bagi siri Xiaomi 12 iaitu Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro . Yang menyaksikan kedua-dua model tersebut akan mempunyai skrin jenis melengkung.
Selain itu, Xiaomi turut mengesahkan yang kedua-dua model akan tampil dengan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1. Xiaomi 12 juga dijangka akan menjadi peranti pertama hadir dengan MIUI 13. Akan lebih banyak maklumat akan didedahkan oleh Xiaomi menjelang hari pelancaran sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN