Close

Xiaomi 12 hadir dengan Snapdragon 8 Gen 1, paparan 120Hz dan tri-kamera 50MP

Selepas beberapa bulan tersebar khabar angin mengenai Xiaomi 12, kini Xiaomi 12 secara rasmi dilancarkan. Siri Xiaomi 12 adalah kesinambungan kepada peranti perdana sebelum ini iaitu Xiaomi Mi 11.

Xiaomi 12 juga merupakan peranti pertama Xiaomi yang dijana dengan Snapdragon 8 Gen 1 yang merupakan cip terbaru dari Qualcomm. Xiaomi 12 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.28 inci AMOLED FHD+. paparan 120Hz, RAM sehingga 12GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Turut dimuatkan dengan bateri sebesar 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Untuk fotografi, ia didatangkan dengan kamera utama 50 MP IMX766 sudut lebar, 13 MP ultra sudut lebar, 5 MP makro dan mempunyai OIS. Untuk kamera swafoto ia dimuatkan dengan sensor sebesar 32 MP. Pada Xiaomi 12, ia mampu merakam video pada resolusi 8K dengan 30fps.

Ciri lain yang dibawakan oleh Xiaomi 12 adalah mempunyai piawaian IP68, pelindung skrin Gorilla Glass Victus, Dolby Vision, stereo speaker dari Harman Kardon dan juga Dolby Atmos. Bagi ciri keselamatan pula, ia tampil dengan pengimbas cap jari di bawah skrin.


Untuk pasaran China, Xiaomi 12 dijual pada harga bermula CNY 3,699 (RM2,426) bagi 8GB/128GB, CNY 3,999 (RM2,623) bagi 8GB/256GB manakala untuk spesifkasi tertinggi 12GB/256GB ia dijual pada harga CNY 4,399 (RM2,887). Akan mula dijual pada 31 Disember untuk pasaran China.

ARTIKEL BERKAITAN